Kapal Kajian (KK) MANCHONG or Research Vessel MANCHONG



LATARBELAKANG

K.K. MANCHONG adalah sebuah kapal Penyelidik-Bersama-Latihan yang dibina di bawah Program Pembangunan Infrastruktur perikanan Sarawak dengan peruntukan secara langsung dari Kerajaan Persekutuan menerusi peruntukan dan pinjaman dari Bank Pembangunan Asia. Kapal tersebut telah dibina di Nagaishima, Kobe, Jepun oleh Yamaha Motor Sdn. Bhd. menerusi ikatan kontrek dengan pemborong tempatan, Associated Marine Industries. Ianya berharga RM3,793 juta dan telah disiapkan dalam jangka masa 31 minggu.


Penggunaan K.K. MANCHONG merupakan sebuah kapal penyelidik "fibreglass" yang terbesar di Malaysia dan ianya adalah satu-satunya kapal penyelidik perikanan yang dilengkapi dengan pelbagai jenis alat dan perkakas menangkap ikan yang termoden dan berkeupayaan menjalani kajian ke atas ikan jenis pelagik dan demersal.


Kapal ini mempunyai dua peranan yang terpenting: -

1.1. Ianya digunakan untuk menjalani kajian pengesanan sumber di kawasan perairan Malaysia khususnya Sarawak/Sabah untuk mengemaskini kedudukan sumber di perairan berkenaan. Kajian tersebut akan membolehkan data-data mengenai sumber-sumber di kawasan perairan berkenaan dikenalpasti. 

2.2. Ianya akan digunakan untuk kajian teknologi penangkapan ikan terutama demonstrasi pelbagai jenis teknologi kepada pihak swasta khususnya nelayan. Teknologi penangkapan ikan ini termasuklah pukat tunda, pukat jerut, longline, bubu, Squid jigging, handline dan gill netting. 

 

MAKLUMAT-MAKLUMAT ASAS TEKNIKAL K.K. MANCHONG


Bahan Binaan : Fibre Reinforced Plastics (FRP)

Ukuran Asas : Panjang - 27.5m, Lebar - 6.4m, Dalam - 3.0m, Draf - 2.2m

Muatan Kasar : 149 tan

Muatan (Capacity) : Petak Ikan - 28m3, Tangki Bahan Bakar - 35m3, Tangki Air - 13m3
Tangki Minyak Pelincir - 2m3

Jentera Utama : Ingin Diesel, 4-Lejang, Jenis Yanmar 900 Kuasa Kuda dan 800 PSM

Had Laju : Kelajuan Terencana - 11.0 knot, Kelajuan maksimum dalam percubaan - 9.5 knot, Kelajuan Kendalian - 9.5 knot

Jarak Pelayaran : 10 hari atau 2,000 batu nautika

Muatan Penumpang (krew 16 dan saintis 6 ) : 22 orang


Dilengkapi oleh peralatan seperti:

Peralatan Dek 
Main Fishing Winch : Awakumi (Japan)
Net hauler : Awakumi (Japan)

Peralatan Pelayaran
Radar, Echo Sounder, Sonar dan Satellite Navigator (Furuno, Japan)


PENYELIDIKAN UTAMA YANG TELAH DIJALANKAN DENGAN MENGGUNAKAN K.K MANCHONG

Projek Kebangsaan/Nasional


1. Pemantauan Ikan Laut Dalam Bot carter bersama Kapal Kajian Manchong, Ogos 2002 di perairan Sarawak. Projek bersama JPLS dan IPPCS.

2. Kajian Sumber Pasir Laut Negara - Selat Melaka yang dijalankan oleh NAHRIM bersama IPP, Pulau Pinang, September hingga Oktober 2001.
Output: Kertas kerja yang dihantar ke Kementerian Perusahaan Utama

3. Ekspedisi Selat Melaka yang dijalankan oleh UPM-JICA Ogos 1999.

4. Kajian Sumber Ikan Demersal pada 15 September hingga 9 Oktober 1997 di perairan West Coast of Peninsular Malaysia, East Coast of Peninsular Malaysia 21 Mac - 2 June 1998 dan 6 September - 1 November 1999, for the whole coast of Sarawak 7 Julai - 17 November 1998 dan West Coast of Sabah 13 Oktober - 6 November 1998.
Output: Fisheries Resources Survey in The Exclusive Economic Zone (EEZ) of Malaysia 1997-1999: The Status of Demersal and Pelagic Resources. Department of Fisheries Malaysia, Ministry of Agriculture. December 2000. ISBN 983-9819-18-6

5. Kajian Sumber Perikanan di Kepulauan Layang Layang, 11-21 Jun 1993, 26-30 September 1993, 27-31 July 1992 dan 7-17 Jun 1994 (menggunakan KK Manchong). 
Output: Albert Chuan Gambang. 1994. Fisheries Resources of Pulau Layang Layang: Large Tuna and Other Pelagic Fish Resources of Pulau Layang Layang. Persidangan Penyelidikan Perikanan Malaysia 1996. FRI, Penang. Jabatan Perikanan Malaysia. Kementerian Pertanian Malaysia.

6. Pembangunan Pukat Tunda dasar di perairan Sarawak. 1989
Output: Albert Chuan Gambang and George Chong, 1989. Bottom trawl gear development in the offshore waters of Sarawak, Malaysia. Proceedings fisheries research seminar, 1989, Department of Fisheries. Ministry of Agriculture Malaysia. 33 pages 

4. Penyelidikan di Terumbu Layang Layang pada April 1988 dengan menggunakan KK Manchong.
Output: George Chong, Albert Chuan Gambang and Richard Rumpet. 1988. Trip Report on the Third Survey to Terumbu Layang Layang (TLL) in April 1988 using KK Manchong. Jabatan Perikanan Laut Sarawak.


Projek Antarabangsa

1. Kajian Bersama SEAFDEC Thailand: Kajian Sumber Perikanan Marin di Laut China Selatan AREA II merangkumi West Coast of Sabah, Sarawak dan Brunei Darussalam, Julai hingga Ogos 1996, merangkumi kajian Biologi Perikanan dan Sumber Perikanan.
Output: Proceedings of the Second Technical Seminar on Marine Fishery Resources Survey in The South China Sea Area II West Coast of Sabah, Sarawak and Brunei Darussalam 14-15 December 1998, Kuala Lumpur (available at http://www.sarawak.com.my/org/frisb).

2. First Malaysia-Thailand fishery resources survey in the Joint Development Area, 1992. Malaysia-Thailand Border at South China Sea.
Output: First Malaysia-Thailand fishery resources survey in the Joint Development Area, 1992. Department of Fisheries and Department of Fisheries Thailand (joint paper Malaysia-Thailand). 120 pages

 

KAWASAN KAJIAN SEMASA MENGGUNAKAN KK MANCHONG


Perairan Malaysia 

1. Pantai Barat Semenanjung Malaysia - merangkumi Selat Melaka, Perairan Pulau Pinang dan Langkawi

2. Pantai Timur Semenanjung Malaysia - merangkumi perairan Laut China Selatan

3. Perairan Sarawak

4. Pantai Barat Sabah - merangkumi Labuan hinggalah Kudat, Sabah


Perairan Antarabangsa

1. Gulf of Thailand (Tertumpu di kawasan Songkla dan Hadyai dan bersempadan dengan perairan Kelantan)

 


Kembali ke Muka Utama