Penginapan

Bangunan MARSAL yang terdiri dari sebuah rumah penginapan dan sebuah pejabat yang dilengkapi dengan makmal.

Keadaan MARSAL yang berwajah baru, November 2008. "Makmal Basah" yang baru dibina di antara bangunan Penginapan dan Pejabat.
Kapal


BK Maming: Digunakan dalam kerja kerja pengoperasian Sangkar Separa Tenggelam
Makmal
MARSAL dibina bagi memberi kemudahan dalam menjalankan penyelidikan dalam biodiversiti, bidang perikanan, terumbu karang, bioteknologi dan persekitaran marin di Pulau Layang Layang Malaysia

Makmal dengan kelengkapan asas.

Kerja-kerja pengenalpastian dijalankan di dalam makmal
Selaman Saintifik

MARSAL juga dilengkapi dengan peralatan menyelam dan sebagainya
Sangkar Separa Tenggelam



Sangkar Separa Tenggelam dapat memberi peluang kepada para penyelidik dari luar atau dalam negara, dalam menjalankan penyelidikan dalam bidang akuakultur
Tukun Tiruan (Tukun Bebola)

Tukun Bebola ditenggelamkan di dasar lagun Pulau Layang Layang. Tujuan utama projek ini adalah untuk memulihara habitat terumbu karang yang telah rosak pada sejak 1980an

Kuadrat 50cm x 50cm digunakan untuk melihat invertebrata pada tukun bebola.

Tukun Bebola selepas 3 tahun, sejak 14 April 2005.

Atriolum robustum kelihatan mula melekat pada tukun bebola selepas 6 bulan.

Ikan juvenile mula kelihatan di tukun bebola selepas setahun

Kelihatan sekumpulan "Green Humphead Parrotfish" (Bolbometopon muricatum) bermain di tukun bebola

Pandangan daripada atas, sering kelihatan "Humphead Parrotfish" berenang di kawasan tukun bebola ini. Biasanya ikan ini datang dalam kumpulan yang besar iaitu diantara 10-30 ekor.
Komunikasi
Peralatan komunikasi seperti VSAT telefon, fax dan internet.