Visi

Sebagai Stesen Asas Dalam Menjalankan Semua Akitiviti Penyelidikan di Kepulauan Layang Layang dan sekitarnya
 

Misi

Memudahkan pelaksanaan aktiviti penyelidikan kepada penyelidik tempatan dan luar negara, dalam kepelbagaian biologi dan oseanografi di Kepulauan Layang Layang dan Sekitarnya.

MArine Research StAtion Layang layang (MARSAL)

MARSAL dibina untuk memberi kemudahan bagi penyelidikan dalam bidang perikanan, terumbu karang, kepelbagaian biologi, bioteknologi dan geologi marin. Akitiviti penyelidikan saintifik yang dirancang adalah untuk bidang bidang seperti Kajian Perubatan Marin, Pemuliharaan Kepelbagaian Biologi, Oseanografi Fizikal dan Biologi - seperti perubahan iklim, taburan plankton dan sebagainya. Skop penyelidikan di stesen ini berubah mengikut masa selari dengan perkembangan sains dan teknologi. Kawasan yang unik ini yang terletak di pelantar benua Malaysia memberi peluang penyelidikan yang amat hebat. Skop penyelidikan termasuk:


Kajian ekosistem terumbu karang.
Kajian mengenai fizik dan geo sains.
Kajian ekosistem dan sumber biologi bagi tuna, rumput laut, penyu dan burung laut.
Survei sumber tenaga alternatif daripada kawasan laut dalam, seperti "OTEC (Ocean Thermal Energy Conversion)".
Akuakultur laut dalam.