PENGURUSAN KESIHATAN IKAN

Dr. Padilah Bakar, Hjh.Rokiah Hj.Abd. Latif & Hj.Misri Hj.Samingin
Pusat Penyelidikan Perikanan Air Tawar,
Batu Berendam, 75350 Melaka, 
Malaysia

 

  1. Prinsip pengurusan kesihatan ikan

  2. Keterampilan seorang pengurus

  3. Pengurusan akuakultur

  4. Pengurusan air

  5. Pemakanan

  6. Teori asas penyakit ikan

  7. Tanda-tanda ternakan menghadapi masalah penyakit dan persekitaran

  8. Mendapatkan bantuan

 

1. Prinsip pengurusan kesihatan ikan

Pengurusan kesihatan sebenarnya sudah bermula sebelum aktiviti ternakan dijalankan dan berterusan sehingga ikan dipasarkan. Pengawalan dan pencegahan penyakit merangkumi semua aspek penting di dalam pengurusan harian ternakan seperti pemakanan, kebersihan sangkar, kualiti air dan sebagainya.

Pengurusan kesihatan yang sistematik, sempurna dan ekonomi memerlukan perancangan yang rapi dan teliti. Khidmat nasihat dan bantuan teknikal dari Pegawai Perikanan mungkin diperlukan untuk memastikan aktiviti berjalan dengan lancar.

Kejayaan projek ternakan bergantung kepada keupayaan mengawal jangkitan penyakit dengan menjamin persekitaran yang selesa untuk ikan, pemakanan yang betul dan berkualiti, kadar tumbesaran yang optima dan FCR (kadar pertukaran makanan) yang rendah.

2. Keterampilan seorang pengurus

fig01.jpg (64071 bytes)

Individu mestilah menanamkan sikap positif bagi memperlengkapkan diri menjadi seorang pengurus yang berjaya. Seorang pengurus secara total perlulah mempunyai ciri-ciri berikut yang merangkumi aspek-aspek penting seperti:

Bermatlamat
Matlamat untuk menjadi penternak yang berjaya dan menjadikan akuakultur sebagai penyumbang ekonomi negara yang utama. Matlamat yang dipegang akan memberi rangsangan kepada penternak untuk mencari jalan agar matlamat tercapai dan segala rintangan akan ditempuhi dengan cekal dan tabah.

Objektif
Objektif untuk mencapai pengeluaran ikan yang tinggi, berkualiti dan berterusan serta kos operasi yang minima bagi setiap pusingan ternakan dan mengikut kehendak pengguna. Ianya dapat memotivasikan diri pengurus untuk mengambil tindakan dan langkah tertentu dengan sistematik dan sempurna menjurus kepada objektif yang ditetapkan.

Bermaklumat
Mempunyai pengetahuan yang tinggi dalam bidang akuakultur. Maklumat boleh diperolehi dari penternak yang berpengalaman, pembacaan, seminar, kursus dan melalui internet. Ilmu yang diperolehi akan memberi keyakinan kepada seseorang pengurus untuk meneruskan usaha menternak ikan.

Sikap terbuka
Akuakultur memberi risiko yang tinggi kerana ia berkait rapat dengan perubahan persekitaran. Pengurus perlu bersedia menerima segala kemungkinan.

3. Pengurusan akuakultur

Sistem ternakan
Apa jua sistem ternakan yang dipraktikkan, rekabentuk serta susun atur kawasan ternakan hendaklah strategik dan sesuai. Beberapa perkara penting perlu diberi penekanan iaitu:

Pemilihan tapak ternakan

Lokasi
Lokasi dipilih mempunyai cuaca yang stabil. Ianya bukan kawasan kering ataupun bukan kawasan hujan yang tinggi.

Kemudahan infrastruktur
Bekalan elektrik, air paip, telefon dan jalanraya sedia ada.

Punca air

Tanah
Tidak mengandungi asid sulfat yang tinggi kerana pH air yang rendah <6.5 tidak sesuai untuk ternakan ikan. Masalah keasidan air boleh berlaku terutamanya dikawasan tanah gambut, berdekatan lembah sungai atau kawasan air payau. Melalui pendedahan panas matahari yang berterusan, iron pyrite didalam tanah akan teroksida menghasilkan karat air dan air yang berasid. Keasidan air akan menghakis dan merosakkan insang manakala karat besi (Fe) akan meliputi permukaan insang dan menyebabkan kesukaran bernafas. Kawasan persekitaran perlu bebas dari kawasan perindustrian untuk mengelakkan pencemaran bahan kimia dan bahan toksik.

Benih

  1. Memastikan mutu air sesuai dengan spesis ikan yang diternak.

  2. Benih ikan dikuarantin selama seminggu dan diberi rawatan profilaksis (formalin 25ppm dan garam 1000ppm) dengan pengudaraan yang cukup. Benih-benih yang tidak sihat diasingkan, hanya benih yang sihat/aktif sahaja dipilih.

  3. Perlepasan benih dilakukan diwaktu pagi dan petang untuk mengurangkan `heat stress' pada ikan.

4. Pengurusan Air

Air merupakan medium untuk ikan hidup. Pemeriksaan kualiti air perlu dilakukan dengan lebih kerap agar masalah dapat dikesan pada peringkat awal terutama apabila berlaku perubahan cuaca seperti hujan, panas terik, dan kemasukan air baru. Penggunaan alat mengukur kualiti air seperti oksigen meter,  pH meter dan jangkasuhu (thermometer), sebaik-baiknya disediakan jika mampu.

Pertukaran air kolam perlu dilakukan pada kadar 5-10% bagi sistem pengaliran air secara berterusan. Bagi sistem aliran air yang statik, air kolam perlu ditukar sebanyak 30% apabila warna air kolam telah bertukar kepada hijau pekat dan terdapat banyak zarah terampai di permukaan air (green alga). Salur air masuk perlu dipasang penapis, jaring atau pasir dan batu kerikil bagi menghalang kemasukan ikan liar, siput, serangga air dan kotoran.

Jadual 1: Kriteria mutu air yang sesuai untuk ternakan

PARAMETER (mg/l) atau ppm

Tahap Normal

Paras yang boleh diterima

Alkaliniti (mg/l CaCO3)

30-130

>20

pH (unit)

6.5-8.5

6.5-8.5

Bahan terampai

25-80

80-400

Suhu (oC)

27-30

5

Oksigen terlarut (O2)

>5.0

>20

Ammonia (NH3)

0.02

0.2

Fosfat (PO42-)

0.002

0.05

BOD

<2

<2

Ferum (Fe)

0.01

1.0

Nitrat (NO3-)

42

100

Karban dioksida (CO2)

0-15

<25

Sulfat (SO42-)

0.002

-

Ternakan sangkar tidak memerlukan penukaran air, walaubagaimanapun ia terdedah kepada risiko pencemaran yang tinggi. Perubahan fizikal-kimia parameter air yang ketara berlaku apabila terdapat perubahan cuaca pada persekitaran.

Masalah kritikal bagi ternakan sangkar biasanya  erlaku pada musim kemarau atau tengkujuh dimana terdapat perubahan besar kepada kualiti air. Oleh yang demikian perancangan perlu dilakukan supaya masa ternakan ikan diperingkat asuhan tidak menempuh kedua-dua musim tersebut.

Jadual 2: Kesan kejatuhan mutu air ke atas ikan

Parameter Air

Perubahan Patologi dan Tanda Klinikal

1. Ammonia toksisiti

kematian akut, ‘hyperexcitability’ - melompat-lompat dipermukaan air, kurang makan, tumbesaran terbantut dan insang rosak (kes kronik).

2. Nitrit toksisiti

dyspnea (susah bernafas), lemah dan berada dipermukaan air. Darah berwarna coklat (methaemoglobinaemia), insang pucat dan berwarna coklat.

3. Karbon dioksida tinggi

pengasidan air (pH rendah), dyspnea (tercungap-cungap dipermukaan air).

4. Kekurangan oksigen

ikan tidak aktif, ikan berkumpul berdekatan punca air masuk atau saluran paip aeration, anorexia atau kurang makan, tercungap-cungap dipermukaan air dengan opecula terbuka.

5. Kekeruhan tinggi

menghalang penembusan cahaya untuk fotosintensis, mengurangkan kandungan oksigen didalam air.

6. Dedahan suhu tinggi berpanjangan

ikan kurang selera makan, FCR rendah, tidak tentu arah (restless), tumbesaran terbantut.

Rujukan tambahan - PEMAHAMAN ASAS - ASAS MUTUAIR

5. Pemakanan

 

6. Teori asas penyakit ikan

  1. Saiznya kecil dari saiz sebenar

  2. Tiada selera makan

  3. Warna badan lebih gelap

  4. Mengasingkan diri dari kelompok yang ramai

  5. Bentuk fizikal yang tidak normal atau berlainan dari bentuk asal.

  1. Fizikal

  2. Kimia

  3. Pengurusan

1. Faktor fizikal

Perubahan suhu mendadak
Ikan mempunyai tahap toleransi yang maksima dan minima terhadap perubahan suhu. Perubahan suhu yang melebihi 5 oC secara mendadak akan mempengaruhi keseimbangan regulasi sistem saraf dan hormonal badan ikan seterusnya menyebabkan gangguan kepada sistem imunisasi.
Suhu tinggi yang berpanjangan
Suhu tinggi menyebabkan kurang keterlarutan oksigen dan meningkatnya pertambahan mikroorganisma di dalam sistem akuatik.  ‘Heat stress’ menyebabkan kadar metabolisma badan ikan meningkat, begitu juga paras cortisol di dalam darah. Ikan mengalami keadaan kurang selera makan dan terdedah kepada jangkitan penyakit akibat kurang daya ketahanan melawan penyakit.
Perubahan cahaya
Cahaya diperlukan untuk proses fotosintesis. Fotosintesis meningkatkan keterlarutan oksigen di dalam sistem akuatik. Sebarang faktor yang merencat proses ini akan menyebabkan kejatuhan paras oksigen di dalam air.

Keterlarutan oksigen
Tahap keperluan oksigen terlarut untuk ikan adalah diantara 4-10 ppm. Ikan boleh hidup di bawah 4ppm tetapi paras oksigen yang rendah akan mempengaruhi kadar tumbesaran ikan secara keseluruhan. Paras oksigen yang terlalu tinggi pula akan menyebabkan gas embolism pada ikan.

2. Faktor Kimia

Mutu air yang merosot
Setiap spesis ikan mempunyai tahap toleransi optima dari segi kualiti air seperti yang telah dibincangkan dalam Jadual 1. Ikan akan mengalami tekanan apabila paras kualiti air berada diluar julat normal. Beberapa faktor tekanan yang dialami serentak akan melemahkan sistem imunisasi badan ikan dan mendedahkan ikan kepada serangan penyakit.

Pembuangan bahan metabolik yang berlebihan
Proses nitrifikasi bahan organik seperti tumbuhan dan hidupan akuatik menghasilkan ammonia sebagai salah satu bahan kumuhan. Salah satu punca meningkatnya paras ammonia didalam sistem ternakan akuatik ialah lebihan makanan dan bahan buangan akuakultur seperti najis ikan.

Percemaran organik
Percemaran organik berpunca dari kemasukan bahan reput, tumbuhan atau bahan organik lain seperti makanan yang berlebihan, bahan buangan domestik, perindustrian, baja, aliran darat yang dibawa oleh hujan dan sebagainya. Oksigen terlarut akan berkurangan disebabkan proses pereputan bahan organik oleh bakteria. Proses ini juga menggalakkan peningkatan populasi bakteria disamping meningkatkan kandungan nutrien sistem akuatik.
Nutrien yang tinggi menggalakkan `alga bloom'. `Alga bloom' menurunkan kandungan oksigen, meningkatkan karbon dioksida dan pH air melalui proses pereputan(decompose). Alga juga akan meliputi permukaan air dan menghalang penembusan cahaya. Masalah kekurangan oksigen biasanya berlaku di waktu malam atau awal pagi, apabila cuaca mendung dan hujan lebat. Masalah ini berlaku akibat penggunaan oksigen oleh tumbuhan untuk respirasi.

3. Faktor Pengurusan

Masalah utama dan akibat ketidakcekapan di dalam pengurusan:

Kadar perlepasan tinggi
Ruang legar yang sempit menyebabkan ikan berlaga-laga sesama sendiri. Bagi ikan berduri (catfish), badannya akan lebih mudah mendapat luka. Jangkitan penyakit juga mudah berlaku dan merebak dengan cepat. ‘Krisis sosial’ berlaku dimana ikan yang dominan akan membuli ikan-ikan yang lebih kecil. Tumbesaran akan terbantut dan ketidakseragaman saiz ketara pada kumpulan terlibat.

Pemberian makanan yang tidak seimbang
Pemberian makanan yang berlebihan perlu dielakkan. Makanan yang berlebihan akan jatuh ke dasar menjadi substrat pertumbuhan bakteria. Selain daripada itu, bahan organik menyebabkan proses pereputan berlaku dan seterusnya meningkatkan persaingan terhadap penggunaan oksigen.

Pengendalian ikan secara kasar
Semasa persampelan ikan, pengendalian ikan secara kasar akan menyebabkan kecederaan. Masalah jangkitan bakteria dan fungus merupakan masalah utama yang sering dihadapi akibat pengendalian yang tidak betul.

7. Tanda-tanda ternakan menghadapi masalah penyakit dan persekitaran

Di peringkat awal, kemahiran dan kecekapan penternak mengenalpasti tanda-tanda awal ternakan bermasalah boleh dipertingkatkan melalui pemerhatian yang berterusan serta penganalisaan yang teliti.

Penternak perlu :

Jadual 3: Perbezaan simpton yang ditunjukkan akibat dari masalah patogen dan persekitaran

Masalah persekitaran

Patogen

Parasit

Bakteria

Virus 'outbreak'

Kematian serta-merta dalam kuantiti yang banyak dan tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda penyakit fizikal

Kematian berperingkat- peringkat, 2-10 ekor sehari.
Badan diselaputi lendir yang banyak.

Kematian berperingkat- peringkat, 2-10 ekor sehari.
Terdapat luka, kudis, kemerahan dan sebagainya

Kadar kematian akut dan tinggi.
Kematian selalunya melibatkan peringkat umur, spesis ikan tertentu.
Terdapat tanda klinikal dan lesi patologi.

Jadual 4: Perbezaan simpton punca masalah persekitaran yang berlainan

Simpton

Punca masalah

Percemaran Racun

Kekurangan oksigen terlarut

Kelakuan

Berenang tanpa arah, kematian akut

Tercungap-cungap di permukaan air

Waktu kematian

Bila-bila masa

Malam; subuh

Warna air

Biasa; tidak berbau

Coklat kehitaman

pH air

7.5-9.0

6.0-7.5

Oksigen terlarut

5-7 ppm

1-2 ppm

Saiz ikan

semua saiz terlibat

Saiz besar mati

Tanda-tanda am ternakan menghadapi masalah

Perubahan Fizikal


dropsy.jpg (40320 bytes)
Dropsi/ascites

ulserkulit.jpg (18029 bytes)
Perdarahan di kulit pada ikan Patin

skinhaem.jpg (14853 bytes)
Perdarahan di kulit pada ikan Tilapia

mtbonjol.JPG (11304 bytes)
Mata terbonjol/exopthalmos

crackhead1.jpg (15348 bytes)
Retak kepala

jaundice1.jpg (21081 bytes)
Sakit kuning/jaundice

deepsulser.jpg (14310 bytes)
Ulser kulit (furunculosis)

Perubahan Kelakuan

abnormalg.jpg (8614 bytes)
Posisi renang abnormal

whirlingd.jpg (5626 bytes)
Berenang tanpa arah

surfacing.jpg (15421 bytes)
Berenang di permukaan

dyspnea.jpg (5066 bytes)
Dyspnea - tercungap di permukaan

ichtmu.jpg (7906 bytes)
Ichthyopthirius multifiliis

arg1.jpg (11492 bytes)
Argulus sp.

Jenis ektoparasit yang kerap menjangkiti ternakan ikan air tawar

learnea.jpg (16888 bytes)
Learnea sp.

white spot on gills.JPG (16471 bytes)
White spot

epistylis.jpg (23928 bytes)
Epistylis sp.

monog.jpg (11851 bytes)
Monogene Dactylogyrus, x10

monogg.jpg (12036 bytes)
Monogene Gyrodactylus, x10

tricho.jpg (22467 bytes)
Trichodina sp., x10

8. Mendapatkan Bantuan

8.1 Apa yang anda harus lakukan ?

Tindakan segera

  1. Penternak berpengalaman yang pasti punca penyakit hendaklah segera mengambil tindakan rawatan untuk mengawal penyakit dari merebak. Dapatkan nasihat dari Pegawai Perikanan yang berdekatan.

  2. Keterlarutan oksigen dan pH Oksigen yang rendah perlu dibantu dengan pengudaraan tambahan sementara pH yang terlalu rendah dapat ditingkatkan melalui pengapuran.

  3. Jika masalah berpunca dari kualiti air yang rendah, pertukaran air kolam sebanyak 30% daripada isipadu asal hendaklah dilakukan.

  4. Pemberian makanan dikurangkan buat sementara waktu sehingga masalah dipulihkan.

  5. Ikan yang masih sihat dan mencapai saiz pasaran sebaik-baiknya segera dijual.

  6. Buang ikan yang mati sekerap mungkin untuk mengelakkan kontaminasi dan jangkitan kepada ikan yang sihat.

  7. Asingkan ikan yang sakit, buat rawatan segera setelah mengenalpasti punca penyakit.

  8. Rawatan awal menggunakan 1 kg garam(1000ppm) dan 5-6 sudu formalin(25ppm) untuk 1 ton isipadu air boleh dilakukan selama 5-7 hari sebagai disinfeksi dan juga rawatan kepada jangkitan parasit.

  9. Hantar sampel ikan berpenyakit dan sampel air ke makmal diagnosis (rujuk perkara 8.5). Bawa bersama maklumat latarbelakang ternakan.

Tindakan susulan (setelah laporan makmal diterima)

  1. Beri rawatan yang dicadangkan.

  2. Jalankan langkah kawalan yang dinasihatkan

  3. Tingkatkan kebersihan kawasan dan sistem ternakan.

  4. Makanan diberi secara optima, elakkan pembaziran.

  5. Kualiti air dikolam atau sistem ternakan sentiasa diperiksa dari semasa ke semasa.

8.2 Mengapa perlu merujuk ke makmal diagnosis?

  1. Mengetahui punca sebenar masalah kesihatan dan merawat penyakit yang dikenalpasti.

    Masalah kesihatan atau kematian ikan kebanyakannya berpunca dari kombinasi beberapa faktor tekanan (predisposing factors). Kajian makmal perlu dijalankan bagi mendapatkan diagnosis didalam mengenalpasti penyakit.

    Walaupun terdapat simpton penyakit spesifik tetapi kebanyakan simpton yang ditunjukkan adalah lebih am.

  2. Memberi langkah rawatan dan pengawalan dengan lebih berkesan.

  3. Memperbaiki sistem ternakan, sekaligus pengurusan air dan sistem saliran.

  4. Mempertingkatkan kualiti pengurusan supaya mendapat hasil yang maksima.

8.3 Bagaimana caranya persampelan ikan dan air dibuat? 

  1. Sampel ikan mestilah yang masih hidup, terdapat tanda-tanda sakit yang teruk dan baru dijangkiti.

  2. Ikan dimasukkan ke dalam plastik dan diberi pengudaraan.

  3. Sampel air diambil dari beberapa lokasi kolam ternakan dan dari punca air masuk dan keluar.

  4. Air dimasukkan ke dalam botol plastik (500ml) dan ditutup rapat.

8.4 Apa yang perlu ada didalam maklumat latarbelakang?

  1. Bagaimana masalah penyakit mula dikesan.

  2. Waktu bilakah kematian berlaku.

  3. Kadar kematian dan adakah mati berperingkat atau serentak.

  4. Tanda klinikal penyakit ikan.

  5. Sistem ternakan yang diamalkan.

  6. Maklumat pengurusan seperti jenis makanan, kadar pemberian makanan, kadar perlepasan.

  7. Pengendalian harian/aktiviti yang dijalankan.

  8. Sebarang aktiviti yang dilakukan sebelum kematian.

  9. Perubahan cuaca.

  10. Butiran kualiti air.

8.5 Di manakah letaknya makmal diagnosis?

Negeri

Makmal Diagnosis

No Tel/Fax/e-mail

Kedah dan Perlis

Pusat Penyelidikan dan Pengeluaran Benih Udang Kebangsaan, P. Sayak

6-04-4374021
6-04-4374470

Pulau Pinang dan Perak

Institut Penyelidikan Perikanan, Batu Maung, Pulau Pinang

6-04-6263926/25
6-04-6262210

Pahang, Kelantan, Terengganu

Pusat Pengeluaran Benih Ikan Laut, Tg. Demong, Terengganu

6-09-6956778
6-09-6958826

Selangor dan Wilayah Persekutuan

Pusat Kuarantin dan Kesihatan Ikan , Subang, Selangor

6-03-7465143
6-03-7465149

Melaka dan N. Sembilan

Pusat Penyelidikan Perikanan Air Tawar, Batu Berendam, Melaka

6-06-3171131/2485
6-06-3175705

Johor

Pusat Penyelidikan Ikan Air Payau, Gelang Patah, Johor

6-06-5101202
6-07-5103015

Sabah

Pusat Penyeldikan Likas, Sabah

Sarawak

Pusat Penyelidikan Bintawa, Sarawak

6-082-334144

 

Back to Main

------------------------------------------------------------------------------

Copyright 2003 Freshwater Fisheries Research Centre.
All Rights Reserved.