PENGENDALIAN HASIL DAN PEMASARAN
Udang boleh dipasarkan secara borong atau runcit. Pemasaran borong
biasanya mendapat harga lebih rendah kerana udang besar dan kecil dijual bersama.
Penjualan borong juga boleh dilakukan setelah pengasingan berdasarkan saiz dilakukan.
Penjualan runcit dilakukan sendiri oleh penternak dan biasanya diasingkan kepada saiz
berlainan untuk harga berbeza.
13.1 Kesegaran
Udang segar baru mati mendapat harga lebih tinggi berbanding udang telah lama mati (buruk). Selepas ditangkap, udang hendaklah dipasarkan dengan segera untuk mempastikan kesegarannya atau air batu diguna untuk mengekalkan mutu. Bilik sejuk dan kenderaan dengan sistem dinginbeku adalah keperluan penting ladang-ladang besar.
13.2 Hidup atau Mati
Udang hidup mempunyai harga yang jauh lebih tinggi berbanding udang yang telah mati. Udang hidup biasa dipasarkan di restoran makanan laut atau untuk kolam memancing di kawasan bandar. Pengangkutan udang hidup memerlukan tangki air dengan sistem pengudaraan.
13.3 Saiz
Harga udang bersaiz besar adalah lebih tinggi berbanding udang kecil. Umumnya terdapat tiga saiz udang dipasaran, iaitu besar (A) berukuran 50g dan lebih, sedang (B) 25-50 g dan kecil (C) bersaiz kurang dari 25 g seekor.
13.4 Udang diproses
Teknologi ini masih belum diamalkan di Malaysia. Udang dibersihkan, dibuang kulit dan kepala sebelum dibungkus rapi sebelum dieksport. Teknologi ini telah lama diamalkan bagi udang harimau.
---------------------------------------------------
Copyright © 2003 Freshwater Fisheries Research Centre.
All Rights Reserved.