5. KELENGKAPAN KOLAM

Pengurusan ternakan yang cekap bukan sahaja memerlukan lokasi dan rekabentuk kolam yang baik tetapi juga perlukan peralatan yang sesuai. Peralatan tersebut membantu pengendalian ternakan dengan lebih baik, cepat dan berkesan. Antara peralatan yang perlu adalah:

5.1 Alat pengudaraan

Ini adalah alat terpenting untuk sistem ternakan udang galah secara intensif dan juga pusat penetasan ikan. Kepadatan ternakan 10/m² atau kurang tidaklah memerlukan alat pengudaraan sekiranya kadar tukaran air memadai. Beberapa alat pengudaraan terdapat dipasaran. Pengubahsuaian dari alat lain juga boleh dilakukan bagi mengurangkan kos. Alat pengudaraan yang biasa adalah kincir air (paddle wheel), penyembur angin (air blower), pemampat angin (air compressor) dan pam air.

aerator.4wheels.jpg (11895 bytes)
Kincir air

aerator.airo3.jpg (26666 bytes)
Aire-O2

aerator.compressor2.jpg (30753 bytes)
Penyembur angin (air blower)

5.2 Struktur pelindung

Struktur pelindung dalam kolam udang perlu sebagai tempat persembunyian terutama ketika udang bersalin kulit. Udang mempunyai tabiat suka memangsa sesama sendiri (karnibalisma) ketika ini. Contoh bahan pelindung adalah jaring, paip PVC, batang buluh, pelepah kelapa, tayar kenderaan dan raga buluh/rotan.

5.3 Peralatan Kaji Mutu Air

Alat terpenting adalah DO meter, untuk menyukat kandungan oksigen dalam kolam. Paras oksigen dalam kolam perlu sentiasa tinggi (>3 mg/l atau lebih) kerana tumbesaran udang akan terencat dalam kandungan oksigen kolam rendah. Paras yang lebih rendah (<1.0 mg/l) menyebabkan udang mati. Analisis kandungan oksigen ini perlu dilakukan setiap pagi sebelum pemberian makanan kerana masalah oksigen rendah biasanya berlaku di awal pagi (dan ketika musin hujan/mendung/berjerubu). Sekiranya paras oksigen rendah, kadar alir air memasuki kolam hendaklah ditinggikan atau di pasang alat pengudaraan dengan serta merta.

Parameter lain yang diperlu di amati adalah seperti pH, kandungan ammonia dan sebagainya.

5.4 Peralatan lain

---------------------------------------------------
Copyright © 2003 Freshwater Fisheries Research Centre.
All Rights Reserved.