PENGHASILAN

Kadar tumbesaran individu udang berbeza bergantung kepada sex, baka, mutu dan jumlah makanan, mutu air dan kadar pelepasan. Dalam satu populasi udang, akan terdapat sekurang-kurangnya tiga kumpulan udang yang berbeza saiz. Udang besar yang terdiri dari udang jantan. Udang bersaiz sederhana pula terdiri dari udang betina kebanyakkannya, manakala udang kecil terdiri dari udang jantan yang bantut. Udang besar atau udang bantut biasanya akan memenuhi antara 20-50% populasi. Peratusan ini juga akan bergantung kepada kepadatan ternakan dimana dalam kepadatan tinggi, jumlah udang bantut akan bertambah. Dalam kepadatan yang rendah, lebih banyak udang besar akan diperolehi. Dari kajian yang telah dijalankan di Pusat Penyelidikan Perikanan Air Tawar, di Batu Berendam, mendapati bahawa dengan kadar pelepasan 10/m² bagi netting.jpg (40800 bytes)kolam 0.4 ha selama 6 bulan ternakan dengan kadar kemandirian sekitar 40%, hasil sebanyak 620.4 kg udang dapat dihasilkan dalam satu pusingan ternakan (Suhairi, A dan Misri, S.,1992). Ini bersamaan 3.077.2kg/ha/tahun.

12.1 Penghasilan Semusim

netting2.jpg (36457 bytes)Penjaringan akan dimulakan pada bulan ke empat dan diulangi 3-4 minggu sekali sehingga semua udang dikeluarkan dari kolam. Kolam kemudian dikeringkan dan rawatan kolam dilakukan. Udang dipasarkan samada mengikut saiz atau secara purata. Udang yang terlalu kecil dari beberapa kolam boleh di pindah ke satu kolam untuk dibesarkan.

 

12.2 Penghasilan Berterusan

basket.jpg (54962 bytes)Dalam sistem ini hasil dikutip mulai bulan keempat dan berterusan 2 hingga 4 tahun kemudian. Pelepasan benih dilakukan setiap kali selepas pengeluaran hasil. Rawatan terhadap kolam hanya akan dilakukan selepas kolam dikeringkan. Udang besar akan sentiasa ada untuk di pasarkan. Hanya pengusaha yang menghasilkan sendiri benih mempraktikkan cara sedemikian kerana mempunyai bekalan benih sepanjang masa. Pengusha yang tidak menghasilkan sendiri benih tidak mengamalkan teknik ini kerana kadar hidup yang agak rendah dan bekalan benih tidak berterusan.

---------------------------------------------------
Copyright © 2003 Freshwater Fisheries Research Centre.All Rights Reserved.