FUNGSI
Sebagai Jentera Penggerak kepada Perkembangan Industri
Perikanan Air Tawar VISI
Mempelopori semua aspek penyelidikan
serta penemuan-penemuan dalam teknologi perikanan air tawar
LATARBELAKANG
- Merupakan salah satu cawangan Institut
Penyelidikan Perikanan Malaysia.
- Satu-satunya pusat penyelidikan di bawah
Jabatan Perikanan Malaysia yang menjalankan kajian berkaitan akuakultur dan perikanan air
tawar.
Kemudahan
- Keluasan kawasan Pusat adalah 87.85 ha
(217 ekar) lengkap dengan kemudahan kompleks pejabat, kompleks kolam dan rumah-rumah
kediaman kakitangan.
- Kompleks pejabat dilengkapi dengan blok
pentadbiran, bilik-bilik pegawai, makmal basah dan kering, bilik mesyuarat, perpustakaan,
bengkel makanan, surau dan pondok jaga.
- Kompleks kolam pula mengandungi 192 buah
kolam-kolam penyelidikan, rumah pam, bengkel penetasan ikan dan bengkel ikan hiasan.
- Sistem-sistem ternakan di PPPAT terdiri
daripada sistem kolam tanah, sistem tangki simen dan tangki gentian kaca.
Kakitangan
- Terdiri daripada kakitangan pengurusan dan
penyelidikan.
- Kakitangan penyelidikan adalah terdiri
daripada pegawai-pegawai penyelidik dan kakitangan sokongan.
Objektif Penubuhan Pusat
- Pembiakan dan asuhan benih ikan,
- Ternakan dan pengurusan ladang ternakan
ikan,
- Pemakanan,
- Kesihatan dan penyakit ikan,
- Genetik dan bioteknologi,
- Pengurusan tasik dan mutu air,
- Ikan hiasan dan tumbuhan akuatik serta
- Kejuruteraan akuakultur.
Aktiviti-aktiviti Lain
- Pengeluaran benih ikan (lebihan hasil
penyelidikan).
- Khidmat kepakaran kepada penternak.
- Program pelepasan benih di perairan umum.
- Mengendalikan kursus dan latihan untuk
kakitangan Jabatan dan penternak.
- Memberi latihan praktik pelajar
universiti.
- Projek usahasama (collaborative project)
bersama universiti, badan persendirian, pihak swasta mahupun pihak kerajaan.
- Program pemindahan teknologi kepada
pusat-pusat pengembangan akuakultur dan kumpulan sasar swasta.
SEJARAH
- Pembinaan Pusat bermula sejak tahun 1955
dan siap dua tahun kemudian dengan perbelanjaan sebanyak 245,000 (RM1.10 juta).
- Dibuka secara rasmi pada 21 Ogos 1957 oleh
Pesurujaya Tinggi British di Malaya, Sir Donald Mc Gillivran, G.C.M.G., M.B.E.
- Nama awal
Pusat ialah "Tropical Fish Culture Research Institute" (Pusat Penyelidikan
Pemeliharaan Ikan Hawa Panas).
- Matlamat asal adalah sebagai pusat kajian
dan rujukan serantau khasnya bagi negara-negara Komanwel beriklim tropika.
- Pentadbiran Pusat bertukar tangan dari
Kerajaan British kepada Kerajaan Malaysia (Jabatan Perikanan) pada akhir tahun 1969.
- Diambil alih oleh MARDI (Institut
Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia) pada tahun 1972 sehingga 1984.
- Kemudian pentadbirannya kembali di bawah
Jabatan Perikanan Malaysia.
- Tapak asal persekitaran kolam ialah
kawasan paya gelam yang dahulunya menjadi salah satu destinasi persinggahan burung-burung
penghijrah dari kutub utara.
Kini situasi telah berubah
dengan kompleks kolam telah di kelilingi penempatan penduduk dan kilang-kilang
perindustrian.
PENGUBAHSUAIAN KOLAM
Bilangan kolam terbiar merupakan satu pembaziran
kepada negara.
- Kolam-kolam ini dapat dipulihkan dengan
berasaskan teknolohi terkini bagi menjalankan ternakan spesis yang lebih berpotensi dengan
kaedah ternakan terkini.
- Pengubahsuaian rekabentuk atau sistem
sesebuah kolam mungkin diperlukan apabila fungsi, jenis ternakan dan keupayaan kolam
diubah.
- Dalam kerja-kerja pengubahsuaian,
faktor-faktor penjimatan kos diberi keutamaan disamping mengambilkira akan penjimatan masa
dan tenaga kerja.
- PPPAT berupaya memberi khidmat nasihat
tentang pengubahsuaian kolam bagi memungkinkan produktiviti yang tinggi
- Khidmat nasihat akan diberi dari segi:-
- siasatan tapak
- pengubahsuaian rekabentuk
- kelengkapan tambahan kolam
- dan teknik pengurusan sistem kolam yang berkesan
Pegawai untuk dirujuk:-
Kaharudin Md. Salleh
PEMBIAKAN IKAN
- PPPAT telah berjaya membiak lebih 20
spesis ikan/udang air tawar untuk ternakan. Antara spesies yang berjaya dibiakkan melalui
kaedah aruhan atau semulajadi adalah Ikan Tilapia, Jelawat, Kap Rumput, Kap Kepala Besar,
Lampam Jawa, Lampam Sungai, Bawal Merah, Udang Galah, dan Patin.
- Khidmat nasihat dan pemindahan teknolohi
akan diberikan kepada kumpulan sasar iaitu penternak ikan.
- Penumpuan kajian pembiakan ikan di PPPAT
buat masa ini adalah tertumpu kepada ikan Temoleh dan Baung, maka penumpuan Program
Pemindahan Teknologi adalah juga kepada ikan-ikan ini.
- Walau bagaimanapun pembiakan ikan jenis
lain akan juga dijalankan bergantung kepada permintaan dan bekalan induk.
Pengurusan Induk
Bagi tujuan pembiakan beberapa
perkara penting berkenaan induk perlu dititikberatkan:- Pengenalan
induk jantan dan betina berpandukan bentuk morfologi. Pemilihan
induk yang baik dibuat berdasarkan genetik, morfologi dan kadar tumbesaran. Teknik pengurusan induk seperti pemakanan, kepadatan ternakan, pengawalan
mutu air dan perkara lain yang berkaitan.
Kemahiran mengetahui
tanda-tanda kematangan, dimana induk ikan telah bersedia untuk dibiakkan. Cara penangkapan dan pengendalian induk yang betul.
PPPAT mempunyai
pegawai-pegawai yang berpengalaman yang dapat memberi khidmat nasihat berkenaan
perkara-perkara di atas.
Pembiakan Aruhan
Bagi sesetengah spesis ikan ia
tidak dapat membiak secara semulajadi jika persekitarannya berubah dari keadaan asal.
Ikan-ikan sungai adalah diantara contoh spesis yang tidak dapat membiak secara semulajadi
apabila ia diternak di dalam kurungan (kolam atau tangki).
Bagi spesis tersebut pembiakan aruhan adalah diperlukan.
Pembiakan aruhan ialah merangsang kematangan induk ikan untuk membiak pada masa yang telah
ditentukan menggunakan kaedah dan bahan perangsang tertentu (hormon atau persekitaran
terkawal).
PPPAT bersedia memberi khidmat nasihat kepakaran tentang pembiakan aruhan.
Khidmat nasihat akan diberi berkenaan perkara-perkara yang perlu diambilkira dalam
pembiakan aruhan ikan iaitu:-
Jenis-jenis hormon.
- Perbezaan tindakbalas/rangsangan
hormon mengikut spesis ikan.
- Sukatan, masa suntikan, tempat
suntikan dan cara suntikan hormon.
- Cara peliritan dan mencampurkan
telur dan sperma ikan.
- Cara penetasan.
- Cara penyimpanan hormon agar dapat
diguna dalam jangkasama panjang
Asuhan Rega
- Asuhan rega adalah sama penting dengan
pembiakan ikan kerana hasil pembiakan ikan ialah rega.
- Kegagalan penjagaan rega bermakna juga
kegagalan pembiakan ikan.
- Rega ikan adalah amat sensitif oleh itu ia
memerlukan pemerhatian dan penjagaan yang rapi.
- Makanannya adalah terdiri dari haiwan seni
atau makanan rumusan bersaiz halus.
- Cara penjagaan rega dan penyediaan makanan
hidup untuk rega dapat dipelajari di PPPAT.
Pegawai untuk dirujuk:
Ahmad Ashhar Othman
PENGURUSAN TERNAKAN IKAN
Pengurusan Ternakan Ikan Dalam
Kolam
- Pengurusan ternakan yang berkesan
memerlukan seseorang yang rajin dan mempunyai minat yang mendalam dalam bidang ini.
- Pemerhatian terhadap tingkahlaku ikan
adalah penting.
- Selera makan ikan dipengaruhi oleh jenis,
saiz dan mutu makanan juga alam sekitar seperti suhu dan mutu air.
- Perubahan cuaca adalah memberi kesan
terhadap mutu air.
- Kemahiran menukar air dari segi kadar atau
kekerapan menukar air adalah perlu.
- Teknik pemungutan hasil harus berkesan,
cepat dan tidak memberi kecederaan fizikal yang boleh menurunkan mutu seterusnya akan
menurunkan harga pasaran.
PPPAT mempunyai kepakaran dan
bersedia memberi khidmat nasihat berkenaan:-
- Jenis, saiz dan mutu makanan ikan
- Kaedah pemberian makanan
- Penjagaan kolam ternakan
- Teknik pemungutan hasil
Pengurusan Ternakan Udang Galah
- Menternak udang galah adalah antara
aktiviti akuakultur air tawar paling diminati sejak akhir-akhir ini.
- Pengurusannya ahak mudah dengan kadar
pulangan yang tinggi.
- PPPAT berupaya memberi maklumat berkenaan
ternakan udang galah kepada penternak yang berminat.
- Pusat telah memberi kuliah tentang
ternakan Udang Galah kepada peserta kursus di PPA Enggor, Perak sejak tahun 1992 sehingga
sekarang dengan hampir 200 orang penternak dan kakitangan Jabatan Perikanan telah
mengikutinya.
- Ceramah, seminar dan bengkel tentang
ternakan Udang Galah juga diberikan oleh kakitangan PPPAT dari semasa kesemasa.
Khidmat nasihat akan diberi dari
segi kaedah ternakan, penjagaan, penukaran air kolam dan pemungut hasil.
Maklumat lanjut klik disini
Ternakan Ikan Dalam Sangkar
- Malaysia mempunyai banyak badan perairan
yang berpotensi untuk dieksploitasi secara berfaedah.
- Bekas lombong, tasik, sungai, terusan dan
empangan boleh dimajukan untuk ternakan ikan dalam sangkar.
- Rekabentuk baru sangkar PPPAT:-
- Dapat dikendali dan diurus secara cepat, mudah dan berkesan tanpamemerlukan kakitangan
yang mahir.
- Tidak memerlukan ramai kakitangan iaitu cukup dengan dua pekerja sahaja.
- PPPAT mempunyai kemahiran dari
segi pengurusan ternakan ikan dalam sangkar dan bersedia memberikan khidmat nasihat
kepakaran kepada sesiapa yang berminat.
- Kursus berkenaan Ternakan Ikan Dalam
Sangkar juga dijalankan di PPA Enggor dimana pegawai dari PPPAT telah menjadi tenaga
pengajar utama.
Pegawai untuk dirujuk:
Kaharudin Md. Salleh
Dr. S.Pathmasothy
PEMAKANAN IKAN
- Pemakanan ikan yang baik perlu bagi
menjamin kualiti ikan, kemandirian ikan dan hasil tuaian yang beik.
- Percubaan-percubaan formulasi makanan yang
telah dijalankan di PPPAT sejak beberapa tahun lalu telah menghasilkan rumusan makanan
terbaik bagi ikan mengambil kira kos penghasilan makanan, kaedah dan zat-zat yang
terkandung di dalamnya.
- Ujian makmal dijalankan bagi mengetahui
kadar zat-zat makanan yang optimum untuk ikan.
- Percubaan dilanjutkan kepada ujian
pemakanan ke atas induk ikan bagi meningkatkan kadar tumbesaran, perkembangan gonad dan
menghasilkan telur yang berkualiti.
- PPPAT berusaha kearah menyebarkan maklumat
dan khidmat nasihat di segi pemakanan ikan.
Khidmat nasihat akan diberi dari
segi:-
- Pengetahuan jenis-jenis makanan mengikut spesis dan umur ikan
- Kaedah pemberian makanan
- Zat-zat makanan yang diperlukan ikan
- Formulasi makanan
- Makanan tambahan
Pegawai untuk dirujuk:
Dr. S.Pathmasothy
IKAN HIASAN
Pemeliharaan dan Pembiakan Ikan
Hiasan
- Potensi bidang ikan hiasan amat besar
melalui pasaran eksport.
- Jabatan Perikanan sangat menggalakkan
penceburan swasta dalam bidang ini.
- Program Pemindahan Teknologi dalam
ternakan dan pembenihan ikan hiasan telah dijalankan kepada beberapa orang penternak ikan.
- Mereka yang berminat akan datang berkursus
secara sangkut dengan Bahagian Kajian Ikan Hiasan di PPPAT.
- Kursus, bengkel dan latihan amali juga
dijalankan oleh kakitangan PPPAT di PPA Enggor, Perak dalam bidang ini dari semasa ke
semasa.
- Seminar, ceramah dan bengkel diadakan bagi
menarik minat pengusaha dalam ternakan dan pembiakan ikan hiasan.
- Pameran-pameran berkenaan berkenaan ikan
hiasan juga kerap diadakan bagi menanamkan minat orang ramai terhadap perusahaan ini.
Pembiakan Ikan Arowana
- Ikan Arowana mendapat pasaran yang tinggi
kerana kecantikan dan kelembutan pergerakkannya.
- PPPAT telah berjaya membiakkan ikan ini
melalui kaedah ternakan dalam tangki.
- Bahagian Ikan Hiasan bersedia menyebar
maklumat ini kepada mereka yang berminat menceburi bidang pembiakan ikan Arowana.
Bagi kedua-dia bidang di
atas PPPAT akan memberi khidmat nasihat dari segi:-
- pemilihan tapak projek ikan hiasan.
- pelan rekabentuk bengkel pembiakan ikan
hiasan.
- keperluan tangki dan kolam.
- pemeliharaan induk.
- penjagaan kolam/tangki ternakan/induk.
- teknik pembiakan.
- pendederan ikan.
- masalah-masalah penyakit yang biasa
dihadapi.
Pegawai untuk dirujuk:-
Mohamad Zaini Suleiman
Pn. Hjh. Rokiah Abd. Latif
TUMBUHAN AKUATIK HIASAN
Tumbuhan Akuatik
- Tumbuhan akuatik sebagai hiasan dalam
tangki akuarium semakin digemari oleh para penggemar hidupan hiasan dalam air.
- Malaysia kaya dengan sumber semulajadi
tumbuhan ini yang dapat dimanfaatkan sebagai sumber pendapatan.
- Pameran Keindahan Alam Akuatik yang telah
diadakan oleh PPPAT di Melaka pada bulan Julai 1997 telah menunjukkan kepelbagaian fauna
dan flora tempatan yang indah dan berpotensi diperkembangkan sebagai sumber kewangan.
- Bahagian Tumbuhan Akuatik PPPAT bersedia
memberi khidmat nasihat terhadap individu yang berminat menceburi bidang penanaman
tumbuhan ini bagi tujuan komersial.
Khidmat nasihat akan diberi dari
segi:-
- pemilihan spesis yang mempunyai nilai komersial
- kaedah penanaman
- penjagaan di ladang
- penuaian
- kaedah pembungkusan
- kaedah penghantaran
Tisu Didik Tumbuhan Akuatik
- Setengah tumbuhan akuatik sukar
dikembangkan secara semulajadi.
- Teknik pembiakan secara tisu didik mampu
membiakkan tumbuhan ini.
- PPPAT telah berjaya membiakkan tumbuhan
ini didalam makmal secara kaedah tisu didik.
- Cara ini juga dapat menghasilkan benih
dalam jumlah banyak dan identikal antara satu dengan lain.
- Kaedah ini berpotensi dipindah kepada
pihak luar yang ingin menceburi bidang pembiakan tumbuhan menggunakan teknik tisu didik.
Khidmat nasihat akan diberi
berkaitan:-
- pemungutan sampel tumbuhan dari kawasan asal
- kuarantin tumbuhan di dalam rumah kawalan (green house)
- bahan dan kaedah untuk pensterilan tumbuhan
- penyediaan medium kultur
- kaedah tisu didik
- propagasi secara besar-besaran
Pegawai untuk dirujuk:-
Norhanizan Sahidin
KEJURUTERAAN AKUAKULTUR
Sistem Ternakan Ikan Menggunakan
Air Hujan Secara Pusingan
- Air merupakan sumber kehidupan.
- Dengan perkembangan pembangunan masa kini
sumber bekalan air bersih menjadi semakin terhad dan terdedah kepada pencemaran.
- PPPAT telah mereka satu rekabentuk baru
sistem ternakan ikan dalam tangki menggunakan 100% air hujan.
- Kelebihan sistem:-
- menggunakan 100% air hujan
- menggunakan kawasan yang minimum
- penjimatan tenaga kerja pengendalian ternakan
- rawatan sisa ternakan dapat memelihara persekitaran
- Kepakaran mereka bentuk sistem ini sedia
disalurkan kepada pihak yang berminat.
Khidmat nasihat akan diberi dari
segi:-
- rekabentuk sistem
- pengendalian
- penyelenggaraan dan pengawasan
- ternakan ikan
- kawalan mutu air
Sistem Pembenihan Udang Galah
Teknik Air Pusingan
- Benih adalah asas kepada industri ternak
air.
- Hatcheri udang galah terpaksa dibina
berasingan daripada kawasan kolam ternakan kerana pembenihan Udang Galah memerlukan air
masin manakala ternakannya di dalam kolam air tawar.
- PPPAT memperkenalkan teknik pembenihan
udang galah di kawasan berhampiran kolam ternakan.
- Air laut perlu diambil bagi kegunaan satu
pusingan pembenihan.
- Air kotor dari tangki induk akan melalui
sistem penapis dan digunakan semula secara pusingan.
- Kelebihan sistem ialah:-
- tidak emmerlukan penukaran air setiap hari; jimat tenaga kerja dan air.
- air kotor yang ditapis dan digunakan semula dapat memelihara alam sekitar.
- Kepakaran mereka bentuk sistem ini sedia
disalurkan kepada pihak yang berminat.
Khidmat nasihat akan diberi dari
segi:-
- rekabentuk sistem
- pengendalian
- penyelenggaraan dan pengawasan
- pembenihan Udang Galah
- kawalan mutu air
Sistem Ternakan Ikan Dalam Kolam
- Kolam merupakan sistem ternakan ikan yang
terawal.
- Pembinaan kolam untuk ternakan ikan perlu
mengikut kriteria yang sesuai.
- PPPAT mempunyai kepakaran untuk memberi
khidmat nasihat pembinaan kolam dari segi keluasan, bentuk, kedalaman, kecerunan dasar dan
aliran keluar masuk air.
Sistem Pemeliharaan Induk Ikan
Dalam Tangki
- Teknik pengurusan induk yang betul adalah
penting untuk penghasilan benih yang bermutu, banyak dan berterusan.
- Selain kolam tanah, PPPAT telah berjaya
mewujudkan sistem tangki simen dan gentian kaca bagi pemeliharaan induk.
- Kelebihan sistem ialah:-
- tidak memerlukan penukaran air setiap hari; jimat tenaga kerja dan air
- air kotor yang ditapis dan digunakan semula dapat memelihara alam sekitar
- PPPAT bersedia menyumbangkan khidmat
nasihat kepakaran mereka bentuk sistem ini kepada pihak yang berminat
Khidmat nasihat akan diberi dari
segi:-
- reka bentuk sistem
- pengendalian
- penyelenggaraan dan pengawasan
- pemeliharaan induk ikan
- kawalan mutu air
Sistem Ternakan Ikan Dalam Air
Deras
- Bau ikan air tawar ternakan dalam kolam
yang kurang enak sebenarnya bepunca dari air kolam yang tidak bertukar, kehadiran lumpur
tebal di dasar kolam dan pengendalian hasil yang kurang sempurna.
- PPPAT memperkenalkan teknik menghasilkan
ikan air tawar yang bermutu tanpa bau melalui teknik menternak ikan dalam tangki air deras
(race ways).
- Air kolam dipam ke tangki ternakan.
- Air "kotor" dari tangki ternakan
disalurkan ke kolam penapisan yang ditanam dengan tumbuhan air untuk fungsi pembersihan
air.
- Air bersih akan dipam semula ke tangki
ternakan.
- Kelebihan sistem:
- Sistem ini dapat mewujudkan keadaan sesuai untuk tumbesaran ikan walaupun dalam
kepadatan ternakan yang tinggi.
- Ikan yang dihasilkan bermutu tinggi dan enak dimakan kerana tiada bau lumpur.
- Menjimatkan air kerana air kotor dirawat secara biologi dan digunakan semula.
Khidmat nasihat akan diberi dari
segi:-
- membina sistem air deras
- memilih bahan untuk membina sistem
- pengurusan dan penjagaan
- ternakan ikan dalam sistem air deras
Sistem Ternakan Ikan Dalam Sangkar
- Rekabentuk baru sangkar untuk ternakan
ikan telah berjaya dicipta oleh PPPAT.
- Penambahan pelampung di satu bahagian pada
dasar sangkar dibuat, membolehkan sangkar naik secara automatik.
- Kelebihan sistem:-
- bahan-bahan yang digunakan adalah dari jenis yang lebih tahan; jaring daripada bahan
netlon dan rangka sangkar daripada paip GI
- pengurusan sangkar lebih mudah
- pemungutan hasil dan pembersihan sangkar tidak memerlukan tenaga pekerja yang ramai.
Khidmat nasihat akan diberi dari
segi:-
- memilih tapak sangkar
- memilih bahan sangkar
- membina sangkar
- pengurusan dan penjagaan
- ternakan ikan dalam sangkar
Rekabentuk Kompleks Kolam
Kompleks kolam yang sempurna:-
- Rekabentuk hatcheri, kolam, sistem jalan
dan saliran yang baik bagi memudahkan pengurusan.
- Kedudukan dan keluasan setiap komponen
yang bersesuaian bagi memudahkan operasi.
- Keluasan dan kelengkapan hatcheri yang
sempurna bagi menghasilkan jenis dan bilangan benih ikan yang dikehendaki.
- Kedudukan hatcheri yang berhampiran kolam
bagi mencepatkan penghantaran benih ke dalam kolam tanpa menimbulkan tekanan kepada benih.
- Keluasan jalan di atas ban yang mencukupi
untuk laluan kenderaan bagi pengangkutan hasil, makanan dan peralatan.
- Sistem saluran air masuk dan keluar yang
sesuai dari segi kedudukan, kedalaman dan lebarnya agar dapat membawa masuk/keluar air
dengan cepat dan berkesan.
- PPPAT bersedia memberi khidmat nasihat
kepakaran dalam merekabentuk kompleks kolam.
Khidmat nasihat diberi dari
segi:-
- sistem kolam
- memilih tapak kolam
- membina kolam
- keperluan kompleks kolam
- kolam pendederan
- kolam ternakan
- bengkel/stor
Rekabentuk Pusat Penetasan
- Sebuah pusat penetasan yang baik mempunyai
ciri-ciri berikut:-
- Mempunyai simpanan induk ikan yang banyak untuk dapat beroperasi sepanjang masa.
- Dilengkapi dengan kolam/tangki penyimpanan induk yang berbagai saiz, bentuk dan
kedalaman bagi disesuaikan mengikut perbezaan sifat pembiakan spesis berlainan.
- Mempunyai pengetahuan dan kefahaman yang lengkap berkenaan sifat telur yang dihasilkan,
jangkamasa penetasan dan makanan rega mengikut spesis.
- Rekabentuk tangki penetasan, kolong penetasan, sistem aliran air dan sebagainya yang
sesuai dengan spesis ikan.
- Mengambil kira kesan cuaca dan alam sekitar yang berbeza untuk ikan yang berlainan
mengambilkira keistimewaan setiap spesis yang ingin dibiakkan.
- PPPAT bersedia memberi khidmat nasihat
kepakaran dalam merekabentuk pusat penetasan
Khidmat nasihat akan diberi dari
segi:-
- memilih tapak
- sistem hatcheri dan keperluan tangki pembiakan
- kolam pendederan
- kolam/tangki makanan hidup
KAJI PENYAKIT DAN KESIHATAN IKAN
- Serangan penyakit ke atas ternakan ikan
boleh menjejaskan mutu dan kuantiti hasil ikan.
- Bahagian Kaji Penyakit PPPAT
bertanggungjawab menjalankan program penyelidikan yang meliputi bidang parasitologi,
bakteriologi dan immunologi ikan air tawar dan program diagnosa/khidmat kepakaran iaitu
pengenalpastian punca masalah penyakit ikan ternakan air tawar.
- Bahagian ini bersedia memberi khidmat
kepakaran di bidang:-
- Diagnosa ikan/udang berpenyakit iaitu mengenalpasti jangkitan patogen
- Menentukan kaedah kawalan & rawatan penyakit ikan
- Mengenalpasti jangkitan bakteria
- Pengenalpastian bakteria menggunakan media RADIKIT (Rapid Diagnostic Kit For Freshwater
and Marine Bacterial Pathogens) iaitu sejenis kit yang berjaya dicipta oleh bahagian ini
dan memenangi anugerah emas di pameran Mindex/Innotex 1995
- Mengesan penyakit bintik putih pada Udang Harimau menggunakan Kit Dot dalam masa dua
hari
- Memberi kursus dan khidmat nasihat iaitu dari segi pengendalian ikan, kawalan dan cara
rawatan ke atas ternakan ikan air tawar
- Memberi pendedahan kepentingan pengendalian kesihatan ikan
- Mengadakan bengkel bagi pengenalpastian bakteria dan teknik menentukan kevirulen strain
bakteria
- Risalah "Penyakit Parasit Ikan Air Tawar" yang dikeluarkan oleh bahagian ini
boleh dijadikan panduan pengurusan harian aspek kesihatan ikan
Pegawai untuk dirujuk:-
Pn. Hjh.
Rokiah Abd. Latif
GENETIK IKAN
- Genetik merupakan asas kehidupan.
- Dalam persekitaran yang sempurna pun
sekiranya genetik kurang baik maka produktiviti adalah rendah.
- Di PPPAT terdapat satu cawangan berperanan
untuk menghasilkan benih ikan yang bermutu.
- Ikan Tilapia yang dihasilkan adalah
berwarna betul-betul merah, cepat membesar, mempunyai kadar perbezaan saiz kepala yang
kecil berbanding badan dan bentuk badan yang menarik.
- PPPAT juga telah berjaya menghasilkan Ikan
Tilapia semua jantan menggunakan rawatan hormon Methyltesteron.
- Tujuan menghasilkan ikan semua jantan
ialah agar pembiakan tidak berlaku di dalam kolam ternakan yang mana ia boleh
mengakibatkan kepadatan populasi seterusnya merencatkan tumbesaran ikan.
- Pengalaman sekian lama telah mematangkan
PPPAT dan berjaya mencapai matlamat tersebut.
- Pengalaman yang ada sedia disebarkan untuk
dikongsi bersama bagi meningkatkan pengeluaran ikan negara.
Khidmat nasihat akan diberi dalam
menghasilkan Ikan Tilapia:-
- monoseks (semua jantan)
- berkualiti; memenuhi kehendak pelanggan
- tahan lasak
- cepat besar
- berwarna merah
Pegawai untuk dirujuk:-
Chuah Hean Peng
PEMILIHAN TAPAK PROJEK
AKUAKULTUR
Pemilihan Tapak Untuk
Kolam Ternakan Ikan
Kretaria asas pemilihan tapak kolam:-
- Mempunyai sumber bekalan air bermutu, banyak dan berterusan.
- Tanah tidak berasid.
- Berhampiran sumber bekalan elektrik.
- Mempunyai jalan perhubungan yang memuaskan.
PPPAT mempunyai kumpulan pegawai mahir dalam mengenalpasti
kawasan yang sesuai untuk dibina kolam untuk ternakan ikan. Kumpulan ini akan membuat tinjauan dan mengambil sampel air dan tanah untuk
analisis di makmal. Laporan siasatan tapak akan disediakan beserta cadangankesesuaiannya,
spesis-spesis yang boleh diternak, cara ternakan, pengurusan dan sebagainya.
Pemilihan Tapak Untuk Sangkar Ternakan Ikan
- PPPAT juga mahir dari segi pemilihan tapak
untuk projek ternakan ikan dalam sangkar, terutamanya sangkar di air tawar.
- Kretaria tentang mutu, kedalaman, arah
arus air, fakta tentang angin seperti arah dan kekuatan tiupan adalah perkara yang akan
diambilkira.
- Pemilihan juga akan mengambilkira kesan
sangkar ternakan tersebut ke atas alam sekitar.
Pegawai untuk dirujuk:-
Zulkafli Abd. Rashid
Dr. S. Pathmasothy
KHIDMAT KEPAKARAN
DAN PEMINDAHAN TEKNOLOGI
Antara bentuk khidmat kepakaran dan
pemindahan teknologi yang boleh diperolehi dari PPPAT ialah:-
PEMILIHAN TAPAK PROJEK AKUAKULTUR
- Pemilihan Tapak Untuk Kolam Ternakan
Ikan
- Pemilihan Tapak Untuk Sangkar Ternakan
Ikan
PENGUBAHSUAIAN KOLAM
PEMBIAKAN IKAN
- Pengurusan Induk
- Pembiakan Aruhan
- Asuhan Rega
PENGURUSAN TERNAKAN IKAN
LIMNOLOGI DAN PERIKANAN DARAT
IKAN HIASAN
- Pemeliharaan dan Pembiakan Ikan Hiasan
- Pembiakan Ikan Arowana
TUMBUHAN AKUATIK
HIASAN
- Tumbuhan Akuatik
- Tisu Didik Tumbuhan Akuatik
KEJURUTERAAN
AKUAKULTUR
- Sistem Ternakan Ikan Menggunakan Air
Hujan Secara Pusingan
- Sistem Pembenihan Udang Galah Teknik
Air Pusingan
- Sistem Ternakan Ikan Dalam Kolam
- Sistem Pemeliharaan Induk Ikan Dalam
Tangki
- Sistem Ternakan Ikan Dalam Air Deras
- Sistem Ternakan Ikan Dalam Sangkar
- Rekabentuk Kompleks Kolam
- Rekabentuk Pusat Penetasan

|