Keli Terusan Amerika (American Channel
Catfish), Ictalurus punctatus :
Penemuan dalam pembiakan di Malaysia
SINOPSIS
![]() |
| I | Nama Organisma | Ictalurus punctatus (Rafinesque) | |
| Famili | Ictaluridae | ||
| Nama Am |
Channel catfish, blue cat, forked tail cat, willow cat, spotted cat |
||
| II | Taboran | Taboran asal meliputi perairan airtawar barat Appalachians Amerika Syarikat ke New Mexico dan dari Utara Mexico ke selatan Kanada. Di ternak di kebanyakan kolam-kolam ternakan di Alabama, Arkansas, Mississippi dan Louisiana. |
|
| III | Pembiakan | A |
Semulajadi pada kedalaman air 15-150 cm pada suhu 20 - 23oC dalam bulan April-July. Ikan Jantan membuat sarang, melindung dan mengawasi telur. Menetas 5-10 hari. Matang 2-8 tahun pada saiz 27-40 cm. |
|
|
B |
Dalam kurungan, boleh membiak dalam tangki atau kurungan yang di letakkkan di dalam kolam, pen atau melalui hipopisasi. Fekunditi telor, 8,800/kg berat ikan. Pengeluaran lebih tinggi boleh dihasilkan mrnggunakan takung yang airnya mengalir dan diberi pengudaraan. Menetas 5-10 hari. Mencapai kematangan dalam 18 bulan bergantung kepada makanan, kadar pertumbesaran dan berat terakhir yang dihasilkan. |
|
| IV | Makanan | A |
Semulajadi
|
| B | Aruhan |
||
| V | Kultura |
Paling banyak diternak ialah jenis Ictalurid USA. Mudah menyesuai kepada makanan tambahan, tahan kesesakan, membesar pantas ke saiz optima 0.45 kg, tetapi perihatin kepada pertukaran suhu. Kolam ternakan diantara 0.4 to 40 ha dengan kedalamam melebihi 1 meter untuk ternakan di selatan USA. Masaalah 'off flavor' berasal dari alga biru hijau, actinomycetes disebabkan makanan berlebihan.. Rawatan : musimkan ikan di air jernih selama 1-2 minggu. |
|
| A |
Kolam statik tanpa pemberian makanan. Penebaran 1,235 fingerling/ha, mula membiak pada bulan Februari di Alabama dengan pembajaan 133 kg/ha NPK ( 8 - 8 - 2). |
||
| B |
Monocultura di kolam statik. Penebaran 7,413 fingerling/ha, membesar ke 500 g dalam 200 hari dengan makanan tambahan 35% protein yang tidak melebihi 39kg/ha/hari. |
||
| C |
Polikultur. Penebaran 7,200/ha, tilapia 625/ha, kap perak 250/ha, hasil 5,333 kg/ha. |
||
| D |
Sangkar. Penebaran 500/m³ sangkar makanan timbul, FCR 1.34, hasil 191 kg/m³, tetapi kematian tinggi akibat oksigen rendah dan penyakit oleh bakteria. |
||
| E |
Pengeluaran intensive. Pengudaraan dan pusingan semula air, makanan sehingga 450 kg/ha/hari. Hasil 22,400 kg/ha dalam 128 days, FCR 1.5. |
||
| F |
Dalam raceway. Di Arkansas, kolam 25-30m x 3m, pam air pada 2,800 l/min, penebaran 2,000 fingerling, hasil 40,000 kg/ha dalam150 days. |
||
|
Lagi maklumat berhubung dengan status industri terkini di U.S.A sila dapatkan rujukan anda di "History Status and Future of Aquaculture in the United States", http://www.tcru.ttu.edu/tcru//kc/pubs/parker/p20aquaticsciences/aquaticssciences.htm |
|||
|
Sebagaimana yang diketahui umum bahawa fakta tentang industri akuakultur bagi ikan tersebut di USA telah pun bertapak meliputi semua aspek lengkap bilologi, pemakanan, penyakit dan ternakan dan perincian ke arah itu terus dilakukan. Teknologi benilai ini boleh di pindahkan ke Malaysia atau mana-mana negara tropika hanya setelah pembiakannya konsisten dimana bekalan benih dapat dikeluarkan secara besar-besaran untuk ternakan. |
|||
|
Sehubungan dengan ini, PPPAT Batu Berendam, Melaka, Malaysia telah mendapatkan sebilangan anak-anak ikan ini dari Cuba sejak tiga tahun yang lalu untuk memantau kadar pertumbesarannya dan serentak dengan itu menjalankan kajian perkembangan gonad bagi menentukan kematangan di persekitaran tropika. Untuk itu, ikan-ikan dibedahsiasat pada pelbagai jarak masa tertentu bergantung kepada saiz seperti yang berikut. |
|||
|
|||
Ikan betina yang melebihi 2.5kg menunjukkan tanda-tanda kematangan gonad dengan terbentuknya kuning telor hasil dari kejayaan vitellogenesis. |
|||
|
|||
|
Bila ikan telah dipastikan berada diperingkat akhir kematangan, induk-induk yang berpotensi dipilih berpasangan dan dimasukkan ke dalam tangki pembiakan. Plastik hitam yang besar ditempatkan dalam setiap tangki sebagai 'kotak pembiakan'. Ikan betina terpilih adalah seperti gambar di bawah. |
|||
|
|||
|
Telor-telor yang telah disenyawakan dipungut dan ditempatkan dalam bekas. Penetasan berlaku selepas 5 hari. Sampel telor-telor yang menetas seperti gambar di bawah. |
|||
|
|||
|
Seekor rega yang baru sahaja menetas bersama 2 lagi embrio yang mempunyai mata sedang menunggu untuk menetas. Dua lagi telor tidak menunjukkan tanda-tanda perkembangan embrio. |
|||
|
Gambar di bawah menunjukkan contoh rega yang telah berenang bebas yang bakal menjadi induk kepada generasi keli terusan kelahiran Malaysia. |
|||
|
|||
|
Kejayaan pertama (pada 26 Jun 2001) dalam pembiakan ikan keli terusan pada persekitaran tropika sepenuhnya telah dilakukan oleh Dr. S. Pathmasothy yang mendapat MSc dari Universiti Auburn, Alabama, USA dengan bantuan kumpulan pekerja yang komited. |
|||
|
|||
|
"It is true that one swallow does not make a summer but if our success continues as planned we may make channel catfish a major component of our expanding aquaculture industry. Who knows, one day when the distribution range of channel catfish is listed as in the synopsis above, Malaysia may be included". |
|||
---------------------------------------------------
Copyright
© 2002 Pusat
Penyelidikan Perikanan Air Tawar
Semua Hakcipta Terpelihara.