PUSAT TEKNOLOGI TERNAKAN AKUAMARIN,
FRI GELANG PATAH,
81550 GELANG PATAH, JOHOR
TELEFON: +607-510 1202 FAKS: +607-510 3015

 

 

SECARA AM

Pusat Teknologi Ternakan Akuamarin ialah salah satu daripada cawangan Institut Penyelidikan Perikanan (IPP) di bawah Jabatan Perikanan Malaysia.  Pusat ini mula beroperasi pada tahun 1978 dengan menggunakan sistem kolam air pasang surut (Fasa I).  Fasa kedua pusat ini dibangunkan dengan kemudahan moden untuk kajian ternakan marin di dalam Rancangan Malaysia Ketujuh. PPTAP terletak di selatan Semenanjung Malaysia, kira-kira 30 km dari Bandaraya Johor Bahru.  Pusat ini memainkan peranan yang penting di dalam pembangunan industri akuakultur marin di Malaysia.

 

VISI

Meningkatkan kualiti penyelidikan yang bertaraf antrarabangsa ke arah menjadi pusat rujukan akuakultur marin yang cemerlang menjelang tahun 2010.

 

MISI

Meningkatkan pembangunan akuakultur marin yang mapan, dinamik serta berdaya saing melalui penyelidikan dan perkhidmatan berkualiti.

 

OBJEKTIF

Merealisasikan pengeluaran hasil udang laut sebanyak 4 tan metrik sehektar per pusingan bagi menyumbang ke arah pengeluaran negara sebanyak 150,000 tan metrik menjelang tahun 2010 melalui pembangunan dan penyelidikan teknologi ternakan.

Merealisasikan pencapaian 60 peratus kadar kemandirian benih ikan marin pada peringkat asuhan bagi menyumbang ke arah pengeluaran sebanyak 21 bilion benih ikan menjelang tahun 2010 melalui pembangunan dan penyelidikan teknologi asuhan.

Merealisasikan pendapatan minimum bersih RM3000.00 sebulan bagi usahawan dengan menggiatkan pemindahan teknologi ternakan udang laut dan asuhan benih ikan terkini.

Merealisasikan pendapatan bulanan melebihi paras kemiskinan bagi golongan penternak dengan menggiatkan pemindahan teknologi ternakan udang laut dan asuhan benih ikan terkini.

 

| MUKA HADAPAN | HALAMAN UTAMA | STRUKTUR ORGANISASI | INFRASTRUKTUR | UNIT | PENYELIDIKAN | PENERBITAN | BERITA | HIPERANGKAI |